Tuesday, March 10, 2015

Pictorial Loose Shawl

Assalamualaikum...

Hye uolss..dah lama rasenye tak menulis kat blog ni...sian blog i ni uolss...bersawang-sawang terbiar..hehehe..

Hari ni Cik Fynaz just nak share  pictorial langkah-langkah mengayakan loose shawl, share daripada 

blog Madeenda...Eh-ehh, jap-jap!! mcm kenal je model tu kan..hikshiksss...so *abaikanje..:P


Langkah-langkah mengayakan loose shawl adalah seperti berikut:-

1. Pakai  shawl,  sebelah pendek dan sebelah dipanjangkan mengikut keselesaan masing-masing. Bahagian pendek di pin kan seperti pada gambar langkah 1.

2. Bahagian kanan shawl di kemaskan dan lipat seperti gambar.

3. bahagian yang panjang dilebarkan.

4. Bahagian sisi shawl tersebut dibiarkan terkeluar iaitu loose, tanpa dilipat.

  5. Lilitkan bahagian yang panjang tersebut diatas kepala, lilitan tersebut hendaklah di longgarkan "loose", mengikut keselesaan masing-masing.

6. Pin kan ditepi shawl tersebut.

7. Pin bahagian atas shawl tersebut agar ianya tidak tercabut, dan  nampak kemas.

8. Pin kan bahagian kanan pula.

9. Akhir sekali kemaskan pemakaian  shawl tersebut bahagian depan dan belakang, supaya ianya menutupi dada dan bahagian depan bagi menuntut tuntukan syariat. Akhir sekali, pin kan dibahagian bahu seperti yang ditunjukkan pada langkah 9.

Semoga pictorial ini dapat membantu uolsss semua dan selamat mencuba yea..:)

share: http://madeendamy.blogspot.com/


Love Cik Fynaz~

Friday, January 23, 2015

Cara-cara WhatsApps Pada Pelayar Web Google Chrome

 Assalamualaikum..


Hai  uolss!!..

Baru-baru ni, kiranya dalam  kemarin la kot Cik Fynaz ada terbaca satu artikel online  pada Astro Awani berkenaan "WhatsApp Perkenalkan Servis Di Pelayar Web" 


Lepas Cik Fynaz baca dan rasa  mcm best je kan..Ini yang Cik Fynaz tunggu-tunggukan selama ini..sebab bukan apa, kalau kat WhatsApps tu kalau korang ada banyak sangat  group chat, lepas tu dengan beratus-ratus chat yang masuk, 
lalu ke korang nk baca satu persatu semua masej yang masuk tuu???..Memang tak la kan..mcm Cik Fynaz jugak, kalau dah banyak sgt tu memang skip akan aje. Malas la nak baca banyak sangat tuu..Lagi satu pening dan penat jari nak scroll satu persatu masej kat hp..Ape entah yang diorang borak-borak kan..dok mengata ke, masalah negara ke, borak-borak kosong ke, lantok la kan..ade aku kisah??? 
hahaha!!!
Kalau ada info-info yang berguna bagus la jugak kan..Tak gitu???

Solution sebelum ni, Cik Fynaz buka WhatsApps kat laptop guna aplikasi Blue Stack(tanya En Google)..Aplikasi ni mcm virtual hp jugak la..Tp cara ni bg Cik Fynaz la, mcm rumit sikit...Sebab korang kena verify nombor hp korang pada WhatsApps kat laptop or pc...Lepas tu, kalau korang dah bukak WhatsApps kat laptop or pc, WhatApps kat hp korang tak  boleh bukak dah.. Dalam satu masa hanya satu device je boleh bukak WhatsApps..

Satu lagi masej-masejnye tak save. Maksud Cik Fynaz, masej kat hp, hp la..kalau kat pc or laptop, just kat  pc or laptop sahaja...
Lepas tu, kalau  korang nak buka balik WhatsApps kat hp, korang kena verify balik nombor hp korang pada WhatsApps kat hp..Agak leceh, dan akan memberatkan pc or laptop korang...

So dengan adanya service terbaru dr WhatsApps ni mudah la..
yang penting kalau kat ofis tu, tak de la bos korang asyik tengok korang pegang hp je, tak buat keje..kejap-kejap tengok hp, kejap-kejap tengok hp..Padahal korang tengah buat keje dengan semangat yang gitu..dan dengan dedikasi sekali...hahahha!!!!

Versi web ni juga merupakan akan save or duplicate setiap perbualan dan pesanan dalam hp korang..Dengan makna yang lain setiap masej-masej akan tetap ada dalam hp korang...Lagi satu lebih secure, sebab kena scan QR Code dr hp...TAPI, service ni hanya support utk  pelayar web Google Chrome sahaja dan hp iOS  hanya untuk  Anroid/ BlackBerry/Window sahaja. Menurut sumber servis ni buat masa ini tak support kepada pengguna iPhone ekoran kekangan di platform Apple(menurut WhatApp yea). 

Boleh rujuk blog WhatApps ni  http://blog.whatsapp.com/. 


Sebelum terlupa juga, pastikan korang dah update paling latest aplikasi WhatsApps korang semua..Panjang pulak cik fynaz berceritakan pulak kan...
Meh la cik Fynas tunjukkan mcm ne nak buat yea adik-adik..:)

*
*
*
*
*
*


Testimoni: hp cabuk samsung ku 



1. Korang bukak web ni..https://web.whatsapp.com
     pada browser Google Chrome shj yea (bukan IE,Mozilla, Opera etc)




2. Buka WhatsApps dari hp korang yang nak buka kat web tu. Pada ruang chat, klik menu dan pilih pada WhatsApp Web.  Pastikan korang dah update latest version WhatApps korang. Sebab sebelum ni Cik Fynaz tak jumpa WhatApp Web tu..Lepas dah update, baru ada... 




3. Lepas tu pada skrin hp korang akan keluarkan paparan untuk scan QR Code (mcm gambar dibawah).
 Scan QR Code yang dipaparkan seperti gambar pada langkah 1, mengikut iOS hp korang...kecuali Iphone.

OK, GOT IT!!

3. Lastly, setelah korangg scan, dan  sistem dapat verify hp korang.. 

Tara....!!!
 ini la hasilnya, seperti gambar dibawah ni.. dan pastikan hp korang open wifi or ada data yang cukup... Kalau tak macam mane korang nak WhatsApps kan,tak dapek la den nak nolong nye wehhh..(mcm hp la jugak)


4. Mudah je kan. Now, korang boleh la dengan puas hati nak berWhatApps semua bagai dengan skrin yang lebih luas daripada skrin hp tu dan nak baca balik semua masej yang masuk, lagi-lagi masej dari group chat korang..Lepas tu korang boleh la explore lebih lagi kat semua function pada paparan tu..Sama je mcm function nye kat hp korang..


5. Kalau nak Log out dari web, just klik pada button yang ada 3 titik kat atas, seperti gambar dibawah ni



Mudah sahaja, Oklah sampai disini dahulu yea..Selamat Mencuba yea kawan-kawan!!!

Boleh rujuk juga pada link ni:-
http://phandroid.com/2015/01/21/whatsapp-web-interface-chrome-and-android-only/

p/s: Just sharing untuk semua, mengikut kefahaman drpd sumber. Diharapkan dapat membantu...Jika ada salah dan silap, mohon dimapuni..Saya budak baru belajar..:)

Love Cik Fynaz~

Friday, January 16, 2015

Ya Allah..

Bismillahirrohmanirrohim.......

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu...

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin Amin Ya Robbal'alamin....





p/s: Tiba-tiba hati Cik Fynaz petang-petang Jumaat ni touching pulak..huhuhu..Macam-macam difikirkan..Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ku rasa kini..Orang nampak aku kuat, Tapi, sebenarnaya aku tak kuat..Biarlah sabar dengan ikhlas, Sabar itu kan separuh dari Iman..Kalau kita ikhlas dan jujur Allah permudahkan..Setiap ujian yang Allah ada hikmahnya...Semoga "awk"  itu temui yang dicari selama ini..Thanks 12 years!!!


Love Cik Fynaz~

Friday, January 9, 2015

Happy New Year 2015~

Assalamualaikum, hye uolss..

Cik Fynaz baru berkesempatan nak mengadap  blog yang  tak seberapa ni..huhuhu...
Rasanya belum terlambat utk Cik Fynaz wish happy new years 2015  pada oulss semua...Semoga tahun 2015 yang hadir ini memberikan sejuta rahmat kebahagian dan dilimpahkan rezeki kepada kita semua. Setiap hadirnya tahun baru pada setiap tahun, maka bertambah juga tahun umur kita semua.. Begitu juga bagi Cik Fynaz yang selamat meningkat umur  ni..Alhamdulillah.

Tanggal 3 Januari 2015 meningkat lagi setahun umur Cik Fynaz..wowww!!..hahaha..
Cik Fynaz syukur sangat-sangat tanggal 3 Januari tahun ni jatuh 12 Rabiulawal1436H, sambutan Maulidur Rasul sempena kelahiran Nabi Muhammad SWT..Permulaan 2015 yg baik bagi Cik Fynaz.. Harapan Cik Fynaz agar 2015 tercapai segala yg dihajati, dimurahkan rezeki, kesihatan yang baik dan kebahagiaan kapada Cik Fynaz dan keluarga..Berusaha untuk menjadi hamba Allah yg mulia disisi Nya..In Shaa Allah..

Mengenai jodoh yang selalu ditanyakan, Cik Fynaz percaya pd jodoh yg Allah dah tentukan utk Cik Fynaz...Kita dah berusaha dan merancang, tp perancangan Allah lebih hebat..Dia maha mengetahui...Mohon doakn yg baik2 shj..Chill sudah!!! muda lagi kan...Hehehe


Berharap dan berdoa semoga bertambah matang seiring dengan usia..In Shaa Allah dengan izin Allah..

2015 pls be nice for me yea!!!!..

TQ my sis belanjer mamam kat Johnny Restaurant kat IOI, Putrajaya, celebrate my besau day!!...(>_~)


mak (tudung pink), ucu & adik





Love, Cik Fynaz~





Thursday, December 25, 2014

La Tahzan Wahai Wanita Bahagia..



La tahzan (2)
Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.

Wanita,

Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.

Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.



La Tahzan.

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.

"Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya........"

La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.

Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.

InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.

Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.
” Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]
La tahzan. Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.
“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]
Dan ingatlah,
“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-
La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia!!

Be strong wahai diri, 

semoga ada hikmah dengan segala yang berlaku, doa yg baik2 sahaja... :)
La tahzan


share: Aku Islam



Tuesday, December 23, 2014

Boat Noodle- 1 bowl is not enough

Assalamualaikum, hye uolss..

Apa cerita kita hari ni..dah makan ke idokk??? enty kali ni Cik Fynaz pasal makan..makan dan makan..hehehe..( Walaupun kejadian ini 2 minggu lepas, tapi nk update jugak..peduli la kan yea)..:P

Boleh dikatakan setiap weekend adalah hari makan-makan diluar, hari gantung periuk belangga..hehehe..nak bagi puan mak kita berehat sikitla ..Cik Fynaz ni rajin la gak search tempat-tempat makan..Lately ni, rajin pulak orang post makan kat Boat Noodle..mmg dah lama berhajat nk try makan kat sni, tetapi tiada masa yang sesuai nak pergi..search kat internet daripada feedback reramai kata sedap sangat makan kat sini. So apalagi, wajiblah kite terjahhh, kita cuba, try test gituuuu...yea ke idokkk???

Boat Noodle ni ada beberapa branch, tapi kali ni Cik Fynaz dan family terjah branch Boat Noodle kat Empire Damansara, Damansara Perdana. Right next to Bangunan MK (PJ Trade Center)-LHDN.

Time kitaorang pergi hari tu, hujan lebat la pulak, memang betul-betul lapor la kan..tapi sampai-sampai je, tengok wooww!!..ramai orang beb!!..siap kena "Q" amik nombor dulu ..perghh!! penangan Boat Noodle la kata kan...
full
Sambil menunggu tu kitaorang jalan-jalan la dulu dalam kawasan Empire Damansara tu, dan kebetulan pulak Boat Noodle ni berjiran dengan butik Mizznina, founder butik Madeena & wife kpd penyanyi NohHujan tuu..kenal tak??(tipu la kalau korang tak kenal kan), so cuci-cuci mata jap kat butik Mizznina dulu, dan kebetulan dia ada so dapat la bergambar dgn die..hehehe
Lepas tu baru pergi balik Boat Noodle..
we meet again..:)
Kita celpie dulu, sementara tgu turn nak mamam..:)
rombongan cik kiah hahaha...(adik, mak, ucu, kak suza (besfren ucu)
Inilah menu yang ada di boat Noodle..Harga semangkuk RM 1.90 yea..eh eh!!...betul ke RM 1.90 ni??? yea betul la tuuu la harganya.Wa tarak tipuu olang la..murah kan kawan-kawan...
Memang harga semangkuk RM 1.90, tapi semangkuk tu dalam lebih kurang 2 suap je!!..Cik Fynaz ulang lagi 2 suap yea!!...tapi sesuai la dengan saiz hidangan dan harganya... Maka dengan itu kitaorang order setiap satu set, setiap sorang, sebab nak rasa semua..
muka bahagian nak makan..:P
Menu kat sini simple je, ada beef or chicken..lepas tu pilih nak dry or soup pulak..itu je uolss..Maka dengan harga semangkuk dengan harga RM1.90, nampak macam murah, tapi psycho je sebenarnye tuu..at last sorang nanti mesti akan order lebih daripada 5 bowls...

Bagi Cik Fynaz, sedap memang sedap..sebab noodle dia jenis glass noodle(siam style)..kalau yang dry pulak ada kicap sikit, fishball, limau & sayur (tak pedas) sesuai la utk budak-budak..Selain tu, soup type pulak sama je..just tambah soup..soup dia sedap gak, ada rasa masam dan pedas..ala2 macam mee celup tu oulss..Kalau korang yang jenis giler pedas pulak boleh tambah chili kay yang ada disediakan pada setiap meja.



Disebabkan size hidangannya yang kecil, bagi yang berperut besar macam Cik Fynaz ni, memang la akan repeat order 2-3 kali..hahahahhaha..tengooookkk tuuuu!!!
hamikkk!!! sessi melantak..:P
adik Cik Fynaz
Bagi dessert pulak kat sini ada 1 jenis je...namanye Ka Nam Tuay..sebut betul2 apa dia namanye tu??? Ka Nam Tuay, atau nama specifiknya iaitu Thai Pandan Dessert. Desset dia ni ala sebenarnya macam kuih melayu kita tu, tepung talam..Rasanya sedap jugak sedap, cukup lemak manis dan secukup rasa.. ada 2 layer. layer atas rasa lemak-lemak/masin santan, layer bawah pulak manis rasa pandan...Harga bagi sepasang 2 mangkuk kecil tu RM 1.00..sekali suap je!! sedap punye pasal kitaorang order 4 set...hehehehe..
Ka Nam Tuay( Thai Pandan Dessert)
sessi khusyuk menikmati hidangan

Tengok tu, sekejap je makan dah licin oulss!! tersusun mangkuk bertengkek-tengkek  ni..Aik!! Cik Fynaz asal cover muka tuu..tak abis-abis lagi ke tu makan..hahahha!!
Total mangkuk kitaorang dalam 20 bowls untuk 5 orang...tu kiranya skit jugak la..ehhh??..:P
tengok table sebelah kitaorang lagi bertengkek-tengkek...
ni yang dinamakan bertengkek-tengkek..
Burpppp!!!Alhamdulillah..kenyang dan memang menepati citarasa kami!!..next time boleh datang lagi..Tengok total harga pun, boleh la...:P
dah kenyang, Cik Fynaz minta tolong abam waiter amik kan gambor kami dulu sebelum angkat punggung, balik!!!...:P
erkkk kenyang kami semua..:P
Location:
Boat Noodle Restaurant (https://www.facebook.com/meesampan)
No G3A, Empire Damansara,
Damansara Perdana, Selangor




Saturday, December 20, 2014

Sesal Separuh Nyawa

Assalamulaikum uolss..
Happy weekend yea korang-korang semua..Semoga cuti yang ada ni kita dapat memanfaatkannya sebaik mungkin dengan insan-insan tersayang..Cik Fynaz, weekend selalunye bz dengan family je la, ape lagi...sementara masih bujang lagi, cuba spend time la dgn family, nanti dah tawen bz dengan husband, anak etc kankannnn....
Apa-apa pun Cik fynaz just nak cakap i minat sangat dengan lagu Alyah ni "Sesal Separuh Nyawa" beberapa kali dengar pun tak jemu. Liriknya betul-betul mendalam dan menusuk kalbu sanubari den ni..cehh..setiap bait kata-kata kat lirik tu, Ya Allah...so touching...lagi-lagi kat part chorus tu.Kenapa ni Cik Fynaz?? ada kena-mengena dengan hidup Cik Fynaz ke??..jeng jeng jeng !!(biarlah biar Allah yang tahu apa yang ku rasa saat ini)...hehehe..:P
Ape-apa pun jom la layan lagu ni sat..Happy sabtuday oulsss!!
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu
----------------------------------------
Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan
----------------------------------------
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
----------------------------------------
Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu
-----------------------------------------
"Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapan"
------------------------------------------
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
----------------------------------------
Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya
----------------------------------------
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang


p/s: harap-harap lagu ni menang AJL nti, chaiyok2 Alyah...(>_~)
wwf6*6*

Wednesday, December 17, 2014

PANGKOR 2014

Assalamualaikum uolss..

Rasenye dh lama Cik Fynaz tak menulis berblog..terasa rindu pulak nak menulis blog ni..asyik dok baca blog orang je..blog sendiri terabai..bersawang-sawang, bertahun-tahun sudah..Hujung-hujung tahun ni mesti ramai yang pergi holiday kan...seronok i tengok uolss...kalau kat fb tu, asyik-asyik tengok member-member dok post " bye2 fly to bla bla..."

tengok orang pergi holiday, mesti seronok kan...So hati ni pun meronta-ronta nak pergi jalan-jalan. Nak holiday oversea tak cukup bajet lagi la buat masa ni, So holiday dekat-dekat je la..Cuti-cuti Malaysia je la..At least, dapat release tension dan dapat juga membantu pertumbuhan ekonomi pelancongan Malaysia gituuu kau!!!..

Orang pergi holiday, i pun nak jugak uolss..tak nak kalah..hahahaha...Baru-baru ni, tapi tak baru sangat la kan...awal bulan November lepas, Cik Fynaz telah membawa diri, bawa diri???? hahaha!!!!...
ayat tak boleh bla kan...tak de la, just short vacation je, as a backpacker....destinasi nye Pangkor je pun...:P

Sebenarnye tak planning pun nak pergi ni.Semuanye datang dengan tiba-tiba, adhoc planning katenye, nak berehat dan tenangkan jiwa dan raga i ni..hahaha..Tq to my boss yang telah approve cuti i...Walaupun sehari..hehehe

Cik Fynaz kesana seorang je pun dr KL..kebetulan ada sorang member ex- classmate study dulu, iaitu Cik Juju, orang Manjung, so die la menemani Cik Fynaz sepanjang berada disana....Bak kata Cik Juju, "Orang jauh bawa orang dekat jalan"..huhuhu..:P

So ini la travelog sepanjang percutiannye..

1st day 31/10/14 (Jumaat)

Cik Fynaz bertolak, dari KL 31/10/14 mlm, dr UTC Pudu (Puduraya ler)..lepas je abis koje, berdesupp ke sana, UTC Pudu...Makan, solat semua, baru naik bas..Tiket bas pukul 9 malam..Sepanjang perjalanan, Cik Fynaz asyik dok berwassup dengan Cik Juju, tanya nak turun mane nanti, Manjung or Lumut, sebab bas yang i naik tu last ke Lumut.. Cik Juju pun asyik tanya dah sampai mana..Ye la kan, Cik fynaz minta Cik Juju jemput kat bus station nti..malam tu i tumpang bermalam di rumah Cik Juju...lebih kurang pukul 1 pagi, sampai la i ke tanah Manjung.. Cik juju dah siap menanti ketibaan Cik Fynaz di station bas Manjung dengan ayah nye..So untuk malam pertama, Cik Fynaz tumpang bermalam di rumah Cik Juju...
Sedia menanti bas untuk bertolak, membawa diri..:P

2 nd Day (1/11/14)

Bangun je pagi-pagi kami setelah bersiap dan bekfas (thanks Cik Pah for the bekfas) sume kami pun bersiap-siap bertolak ke jeti Lumut). Cik Pah adalah mak kepada Cik Juju.
Tiket dari Jeti Lumut ke Pangkor RM 10 (pergi balik), So tiket tu kena simpan elok-elok la yea..kalau hilang, terpaksa la beli lagi,  time nak balik nanti.Feri kitaorang pukul 10pagi, so dalam pukul 1045 pagi kami sampai jeti Pangkor..Kalau naik feri dari jeti Lumut ni perjalanan dalam 45 minit..Tapi kalau naik feri dari jeti Marina, lebih cepat lagi sampai, kata Cik Juju..
Setelah sampai je Pangkor, kami decide amik van ke Teluk Nipah..Kat Pangkor ni, Teluk Nipah ni lebih happening dr tempat-tempat yang lain.Tambang van dari jeti Pangkor ke Teluk Nipah RM 15.

Jeti Lumut


Nak naik feri Lumut-Pangkor
Angin laut
Sampai-sampai je, Teluk Nipah, kami menajor cari hotel, chalet...dengan bajet sendiri yang ciput ni..hahaha....kate budjet vacation kannn, So, kami pun berjalan mencari chalet..nasib baik tempatnye dekat-dekat je..Mula-mula, tu risau gak takut tak de chalet, sebab hari minggu kan..Kalau tak de chalet, memang kitaorang decide, balik hari je, tak bermalam kat pangkor ni..selepas 2 tempat kami survey, yg ketiga tu, capai la dengan bajet kitaorang...Alhamdulillah, Allah permudahkan terus je comfirm dan lepas check in sume, kami rehat kejap, solat jamak, baru turun, bagi memulakan aktiviti...

Bilik chalet kitaorang, murah je RM90 satu malam, complate aircorn dangan tv semua..

1st mesti la isi perut dulu kan..kedai makan pun dekat-dekat je, banyak pulak tu..tapi kena pandai buat pilihan la..diorang ni tau kita ni orang luar, ade yang kena "ketuk" kau-kau punye ler...lagi-lagi tempat pelancongan..

Lepas makan, kitaorang jalan-jalan pantai dulu, amik aura gituuuu hahahha..nak mandi awal lagi kan...Selepas tu, kitaorang naik atas decide sewa motor, round-round satu Pulau Pangkor..disebabkan berdua, je, kitaorang decide sewa motor je dari sewa kereta.  sbb lebih save bajet kan.. sewa motor pun baru RM 35 sehari. Kitaorang amik pukul 3 petang, sampai pulangkan balik 3 petang keesokannye.
Jalan-jalan amik aura angin pantai...:P


Dah dapat motor, kitaorang pun round-round satu pulau..eh jap-jap...
mesti uolss tanye sape bawa motor?? sape yang bonceng kan?? ...Jawapanye mesti la Cik Juju kita yang bawa. Cik Fynaz ni hanye mampu membonceng je la...kalau nak harapkan den ni bawa, tak bergerak la motor tu.. Cik Fynaz, ade je lesen, tapi bak kata cik juju:-

" buat perhiasan je ler lesen akak tu"...hahahhaha...:P

Menyempat lagi tuu berselfie atas motor..:P

Ok2, kita start balik cerita round-round..hahahhaha...



Pangkor ni bagi Cik Fynaz, tempat yang  menarik ape je pun,  pantai, dengan Kota Belanda..tu  je kot..So kitaorang pergi la ke Kota Belanda...Bergambor-gambor kenang-kenangan...lepas tu pusing-pusing satu pulau then balik semula ke chalet..Cik Juju  ingat nak jumpa  kawan die yang duduk Pangkor ni, tp malangnye tak de rezeki kawan die ada kursus kat Ipoh pulak..


Kota Belanda telah diwartakan sbg salah satu tapak warisan negara, dan disini la terjadi perjanjian Pangkor diantara pihak British dengan Sultan Abdullah, Sultan Perak yang ke 26 pada ketika itu..(Selanjutnya, buka buku sejarah form2)..:P





Kota Belanda dari pandangan belakang
Permandangan laut Pangkor dari atas bukit, tenang sangat time ni tengok laut..
(tak ingat area nama tempat ni)

Kitaorang balik semula ke chalet dalam pukul 4 lebih. Dengan rase excited, tukar baju nak pergi pantai..mandi!!!...itu la misi utama kesini mandi kat pantai...kalau tak mandi pantai, tak rare la kan orang kate..ye ke idokkkk...
Ready tu mandi??..huhuhu..
Dah kat pantai tu lain pulak kisahnye..kitaorang just main-main air je..sebab tengok air time tu pasang takut plak..ombak time tu besar giler..Kitaorag just main-main air kat tepi-tepi je..tengok orang naik banana boat semua, syok plak..tapi disebabkan masing tak berani, just tengok orang je ler..naik pergi island hopping pun, macam tak berbalaoi..sebab berdua je kan.. kalau ramai-ramai baru la syok kan..lebih murah lagi..

Lepas puas main-main air, kitaorang naik atas, cari makan, ngeteh..lapoor...dh puas duk kat bawah main air tu..Cik Fynaz pekena laksa..tengok orang makan laksa terliuq plak time tu..

Kitaorang lepak-lepak makan, duduk cari port yang cantik sebab nak tengok sunset...Kira-kira dalam pukul 650ptg, sunset dah mula keluar..Ya Allah, Subhanallah punye la cantik sunset...Cik Fynaz ape lagi amik la gambor sunset tu..ye  la kan bukan selalu, dapat tengok sunset yang cantik ni..Kalau kat KL ni celah mane la dapat tengok sunset yang cantik ni kan...



The beautiful of Sunset..Subhanallah..


Dah nak maghrib tu, kitaorang balik semula ke chalet,bersih kan badan semua, and ready utk solat, buat jamak..Dalam pukul 9,kita orang turun balik makan untuk dinner plak...Kalau vacation ni, aktiviti utama makan je la kan..ape lagi kan...lepas makan, kitaorang jalan-jalan area Teluk Nipah ni, tengok jualan-jualan yang ada...cuci-cuci mata..bukan beli pun...Lepas tu balik semula bilik..kat tempat chalet yang kitaorang duduk ni, ada group company buat family day, dinner, dengan karaoke sume...tengok-tengok diorang jap, pas tu terus masuk bilik..terbongkang tido...Cik Fynaz la tuuu...Cik Fynaz tido awal, ngantuk sangat tak hingat...sian Cik Juju, terpaksa layan perasaan sorang-sorang..hahahhaa...

So ni la aktiviti kitaorang 1/11/14.

3rd Day (2/11/14)- Ahad

Hari ni pagi-pagi Cik Fynaz dah bangun, ye ala kan dah tido awal..Bangun awal mesti la untuk tunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah..lepas solat subuh tu, masih lagi  landing-landing dulu atas katil sambil nak tunggu pukul 7, dah nampak cahaya..Dalam pukul 730 pagi kitaorang turun.. Beli bekpas, makan kat tepi pantai..Perut dah kenyang, baru kami start mandi.  Pagi ni memang kitaorang pulun  mandi pantai puas-puas, sebelum balik, check out pukul 12 nanti..



Anak dugong Cheras terlepas terdampar kat Pangkor...:P

Memang puas la pagi ni kitaorang mandi..gambor-gambor semua bagai...sampai penuh la memory camera i tuu oulss..hahaha..Dah puas mandi- mandi dan berfoya-foya ditepi pantai, kitaorang naik ke atas, balik chalet siap-siap nak check out dah...


Selepas check-out kitaorang apa lagi merempit la ke jeti Pangkor..Sampai-sampai je, mak aiihhhh!!
ramai giler orang..Ye la hari minggu kan..ramai yang bercuti..Macam-macam group trip yang ado..Group budak-budak tadika la..Group family-family & group aso-aso..Pendek kata macam-macam ado wehhh...Ada yang nak balik, ada yang baru sampai..so crowded..Kitaorang just relax-relax dulu duduk, tengok orang beratur panjang, dah surut sikit baru kitaorang beratur..

Kalau tak silap pukul 230 petang baru kitaoarang selamat naik feri ke Lumut..Sampai-sampai je Lumut, lepas amik kereta kat parking, kitaorang cari destinasi untuk isi perut pulak..Lapor sangat-sangat time ni, sebab, time check out tu tak lunch, sebab masing-masing tak rasa lapar lagi.

Bye, bye Pangkor..:)

Pangkor to Lumut

atas feri
Lepas makan, Cik Juju bawa jalan-jalan sekitar Manjung, lepas tu Cik Juju, bawa i ke rumah ex-classmate time UTHM dulu, Izzaty..Tengok baby khayla..Kiranye trip Cik Fynaz kali ni, boleh dikatakan trip melawat kawan-kawan jugak la..hehehhe.
baby Khayla yang super comel & redha melayang auntie-auntie ni..:)
Sebelum Maghrib, baru ktorang sampai ke rumah Cik Juju...lepas je solat Maghrib, rehat-rehat, cik pah, mak Cik Juju ajak keluar dinner.. Tq Cik pah yea..:)

Balik je dinner, i dah siap-siap kemas barang nak balik esoknye.. tiket pukul 11.30 pagi. Lepas tu duk transfer gambor-gambor yang berlambak-lambak kat laptop Cik Juju.. Borak-borak dengan Cik Juju, leka berborak tengok-tengok jam dah pukul 2 pagi rupenye, ye la kan, dah lama tak jumpa, macam-macam la nak berceritanye..Lepas tu baru rase mengantuk dan terus zzzzzzzzzzzzz...

4rd Day 3/11/14 - (Isnin)

Pagi ni bersiap-siap packing barang, Pagi ni Cik Pah bawa pergi bekfas kat area Bandar Manjung dulu..Bekfas Char Koew Tiaw.. Sedap wehh..Dalam Pukul 11 Cik Pah hantar ke bus station.. Maka bermula episod perpisahan Cik Fynaz dengan Cik Juju & family..Berakhir la juga percuti yang singkat Cik Fynaz ni di bumi Manjung & Pangkor ni..
Pukul 1130 bergerak balik semula ke bumi Kuala Lumpur semula...Back to the reality!!!..
Episod perpisahan kami bermula..:)
Sekian sahaja percutian yang singkat di Pangkor dan Manjung ni selama 4hari 3 Malam..Terima kasih banyak-banyak Cik Juju dan family atas layanan yang diberikan serta sudi menumpangkan Cik Fynaz ni bermalam..Thanks juga kepada Cik Juju yang sudi temankankan i bercuti di Pangkor..Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kebaikannya..In Shaa Allah jika tiada halangan Cik Fynaz mai lagi februari nanti yea..:)


Family Cik Juju, hai Cik Pah!!..:)
Sekian, Tamat....:)

p/s: see next entri yea...