Thursday, January 23, 2014

UMRAH 2013 - PART 1 (MADINAH)

Assalamualaikum semua...

Sejak2 nk mulakan dunia berblog ini cik fynaz ingin share dgn uolss semua pengalaman2 travel cik fynaz sepanjang 2013.Dengar mcm byk benor travel nye kan..Padahal g mane je pn..tp cik fynaz nk cite gak kat uolss..ko hadooo.=P..ketinggalan zaman la cik fynaz ni kn..org dh masuk 2014, baru nk update cite 2013 kn..hehehe..

Anyway, niat dihati teringin sgt nk berblog kembali, tapi tahap kemalasan yg tahap gaban tu, membuat kn hasrat tersebut terpendam sahaja la, tanpa usaha..Kini cik fynaz semangat untuk berblog kembali...
Ok2 la, panjang pulak i ni membebelkan...

Pada tahun lepas tahun baru cik fynaz bermula dengan mengerjakan umrah bersama family...kiranya trip family umrah..Trip ni seramai 12 org family cik fynaz, dengan sebuah keluarga yg lain..Family cik fynaz seramai 12 org terdiri daripada family cik fynaz, mak, abg, adik, ucu, maklang, mak jang, mak uda, pak uda, abg hafiz(cousin), dan ank buah zuhaily dan  hazim...

Sebenarnya kami tak planning pun nk g reramai...semuanya hanya kebetulan...asalnya family cik fynaz sahaja atas hajat mak cik fynaz...selepas tu kami beritahu pd family yg lain, mereka pun berminat nk join skali..Alhamdulillah..:)

Kami berada disana selama 10 hari bertolak dr KLIA pada jam 630 petang, 8 Fabruari 2013  dan sampai ke Jeddah , King Abdul Aziz Airport pada jam 11 malam waktu Jeddah..Setelah selesai segala urusan imegresen dan amik beg semua, kami semua bertolak ke Madinah dengan menaiki bas yg telah disediakan. Perjalanan dr Jeddah ke Madinah memakan masa selama 7 jam. Kami sampai Madinah pada jam 7 pagi.



Di Madinah kami menginap di Hotel Daurat Fyroz hanya 150 meter dr masjid Nabawi...dekat je..
Setelah selesai urusan  check in, bersihkan diri, dan sarapan semua, kami semua terus ke masjid nabi mengerjakan solat sunat dan terus menanti solat jemaah zohor.Perasaan cik fynaz pada ketika ini hanya Allah sahaja yang tahu..Macam tak percaya dapat menjejakan kaki berada di masjid nabi ini, Madinah..

Setelah selesai solat semua, kami dibimbing oleh seorang mutawif wanita, yang juga dikenali mutawif fizah yang merupakan seorang warga indonesia, membimbing kami untuk masuk ke Raudah..iaitu rumah nabi..Raudah adalah merupakan salah satu tempat yang mustajab berdoa.

Untuk masuk ke Raudah, Ya Allah punya la sesak..Mesti la kan semua tidak mahu melepaskan peluang untuk solat sunat dan berdoa di rumah nabi...setelah dipanggil jemaah Malaysia untuk masuk cik fynaz bagi masuk dl mak n mak2 cik cik fynaz dl..cik fynaz dengan adik cik fynaz dgn ustazah mutawifizah tu kepong dr belakang untuk mengelakkan kami dirempuh oleh jemaah yang lain.

Disini kami hanya mampu untuk berdoa dan membuat sujud syukur sahaja, sbb terlalu sesak...kena kuat dari segi fizikal disini. kalau tak teruk kita dirempuh..terutamanya drpd jemaah negara2 arab, dan turki..Terima kasih juga kepada ustazah mutawifizah kerana banyak membantu kami disini.

Untuk hari kedua di Madinah, kami dibawa ziarah dengan dibimbing seorang mutawif iaitu Ustaz Mohd yang berasal dari Indonesia..Tempat pertama adalah Masjid Quba...Di masjid Quba ini jika kita mengerjakan solat sunat disini, ganjaranya adalah 1 kali ibadah umrah...tengok disini keberkataan yg diberikan...In Shaa Allah apa sahaja yang didoakan disini dimakbulkan..

Seterusnya, kami dibawa ke Bukit Uhud, disini Ustaz Mohd telah memberikan penerangan mengenai sejarah peperangan uhud diantara orang islam dengan orang quraisy dan sekutunya.Tentera islam seramai 700 orang yang diketuai oleh Nabi Muhammad SAW, manakala tentera quraisy pulak adalah Abu Sufyan ibni Harb seramai 3000 orang.Pada peperangan ini telah mengorbankan bapa saudara nabi iaitu Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib. Dengan penghayatan doa yang diberikan Ustaz Mohd rasa pilu kepada kami semua.


\
Mutawif kami

Kenangan di kawasan bukit Uhud, bersama family cik fynaz


Dari Bukit Uhud kami dibawa ke ladang kurma. Disini diberi peluang kepada kami untuk membeli kurma2 fresh dari ladang. Para jemaah semua tidak melepaskan kesempatan untuk membeli untuk diberikan kepada saudara mara, dan kawan2 di tanah air. Seterusnya atas permintaan kami semua, kami dibawa ke pasar kurma.Pasar kurma ini harga lebih murah sedikit dari ladang kurma td. Kat sini cik fynaz tak la membeli, sbb dah membeli ladang kurma sahaja. Cik fynaz hanya tengok2 je mak cik2 cik fynaz, abg sepupu dangan anak2 buah membeli..hehehehe...





Setelah selesai ziarah, kami pulang ke hotel dan bersiap2 untuk makan tengahari dan seterusnya ke masjid untuk solat zohor. Kini aktiviti kami adalah bebas. Setelah selesai solat cik fynaz dengan mak, adik dan makcik2 cik fynaz tidak ketinggalan untuk jalan2 disekitar masjid dan kedai2 disekitar masjid.Memandangkan esok kami dah kena bertolak ke Mekah, setiap kali selepas solat, kami mengambil kesempatan untuk jalan2 sekitar kawasan Madinah ini.

                                                     mak dengan adik beradik & cik fynaz


Keesokan harinya, kami telah bersiap untuk ke Madinah pada jam 3 petang. Pagi tu selepas selesai solat subuh dan sarapan, dengan masa yang ada adik cik fynaz telah membawa cik fynaz ke kawasan perkuburan baqi..hanya cik fynaz je x pernah g lagi... sbb mak dgn makcik2 semua dah pernah  pergi, semasa buat umrah dan haji dulu.. Adik cik fynaz dah pernah g haji dengan mak dgn arwah ayah, so die tahu la kawasanya..Sepanjang umrah ini adik cik fynaz merangkap kepada tour leader kami semua. Kebetulan kami semua pergi umrah mengikut travel agent tempat die berkerja..So segala urusan die la in charge...
mak & adik cik fynaz
Berlatarbelakang tembok perkuburan Baqi
                                                         Kubah Hijau Masjid Nabawi

Sebaik sahaja selesai proses check out, kami pn bertolak ke Mekah yang mengambil masa selama 7 jam.Terasa sebak meninggalkan Madinah, dan berdoa akan kembali lagi ke sini lagi..In Shaa Allah..
Kami semua dibawa ke Bir Ali untuk bermiqat dan berniat umrah, dan menjaga segala pantang larang di dalam ihram..

                                                         Selamat Tinggal Madinah...:(

Kawasan Masjid Bir Ali



Oleh itu tamat sahaja perjalanan kami di Madinah, seterusnya tgu entri kami di Mekah yea part UMRAH 2013-part 2...

Wassalam..





No comments:

Post a Comment