Thursday, May 27, 2010

Kebahagian dalam Perpisahan

Weehooo...

salam, rase mcm dah lame i x update my blog ni....x tau nak cite ape..hehehe..skrg ni i tgh minat lagu si shahir AF8 ni..i ni bkn nye follow AF pun, just tgk yg final je, tue pun tgk kat kafe hostel i...so first time dgr lg shahir ni terus jd minat...cinta pandang pertama la kot..ahak~..heheheh...just minat kat lagu je tau...gurau je...jgn mare ye my kesayangan..huhuhuhu....=)

lepas je abis tgk final AF, my housemate trus je download...2, 3 hari gak dgr lgu ni kat umah...so kirenye i la yg lmbt kot skrg br nak cite..apo la cik fynaz ni kan..hehehe...ape2 pun mai la kite layan lg si shahir ni...

*

*

~Kebahagian dalam perpisahan~.....

Tak perlu ucapkan sepatah kata

Kerna lantang terbaca dari muka

Kau dan daku sudah tiada

Keserasian di jiwa

Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahan


video

Monday, May 17, 2010

Pada Mu ku bersujud


"Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman "

video

Pada Mu ku bersujud- Afgan

Sunday, May 16, 2010

Kebuhsanannn...

Weeeehooooww.....

i dilanda kebuhsanan yg melampau tahap ini..dah tak tau nak wat pe..nak layan mukabuku pun dah bosan dan nak termuntah sbb tiap2 hari buka....dah la hostel ini sunyi lak tue yg ade stdnt yg wat short sem shj..tue pun x ramai sbb ramai balik..lagi2 i dapat blok yg paling hujung sekali, bersebelahan dgn ladang kelapa sawit...berkawan la i dgn monyet2, lotong & "bab1" hutan...owh tidak!!!

bosan doh....duk sini...nape la fakulti i ni ade short sem..Semua stdt FTMM diwajibkan wat short sem....bdk2 fakulti lain ade gak, tp tak la ramai wat short sem..ktorang ini mmg wajib..utk short sem ini kelas i hanya 2 kali seminggu sahaja...adoyai....

menempek muka dikala kebuhsanann...

tiap2 hari wat benda yg sama amat membosankan...tido, mkn, layan tenet especially mukabuka....nak jln pun transport pun x de, duit pun suam2 kuku je...huhuhu...nak balik KL pun my mum kate x yah balik dl dis week. nak balik muar pun mcm malas je...x pe la jd penunggu la i kat perwira ku tercinta ni je la.......jd penunggu serta membesarkan badan...hehehe....my kesygan i ckp i dah tembam...owh tidak!!!..u nak ke kat i, kalo i btl2 tembam nti??..tp, i akui gak la i ni dah tembam skit..sikit je la tau..hehehe...neway, thanx kal i petang td ye..u ni mcm tau2 je i tgh menunggu panggilan dr mu.....thanx juga kerana telah menambahkan nilai kredit pd hp buruk i ni....thanx ye my kesygan...huhuhu....=)

muka ku...nape mcm berisi ni.....tidak!!

today, bangun je dr beradu, mandi, basuh bj, dan seumpama dgn nya, i trus la menghadap depan my lappy...sambil bekpes roti sekeping dgn milo..tue sahaja yg ade...ciankan......huhuhu..
nak layan mukabuku pun dah x best so i layan la cite Cinderella Blues slot carekarama kat tv3.cite ni mber i download dr tv3...walaupun dah byk kali i tengok, tp layan je la..sbb cite ni lawak giler...tabik spring kpd pelakonnye terutama didie alias krn berjaya menghidupkan wataknye.....lagi satu yg i suka kat cite ni sbb lg lagu backgroundnye best...kekasih yang tak dianggap...band dr indon, Kertas......
meh la layan lagu ni sape2 yg x pernah dengar lg......sape dah dgr, wat2 la x pernah dengar lg...
okies daa....tatatititutu.....=D

video

-kekasih yang tak di anggap- kertas

Saturday, May 15, 2010

Mutiara Kata

"Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hendaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan "

Wednesday, May 12, 2010

Yang Terindah...

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
'
'
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
'
'
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
'
'
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
'
'
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
'
'
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


by:dakmie OST Adamaya

video

-YANG TERINDAH-

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu

Salam... Disini cik fynaz nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu- ibu yg ada didunia ini..Terutama sekali kepada ibu cik fynaz iaitu Pn Normah Bt Othman yg telah membesarkan cik fynaz dan adik beradik cik fynaz dr kecil ke dewasa. Pergorbanan mu mak tiada terhingga. Hanya ALLAH sahaja yg dapat membalasnya. Semoga mak berbahagia dunia dan akhirat kelak. Amin..

"mak, akak sayang mak...."

video
Belaian Ibu- Hijjaz

Tuesday, May 4, 2010

Maksud disebalik hadiah...



Cik fynaz pernah terbaca maksud2 disebalik hadiah ini, tp tak ingat la dr mana sumbernya, sebab dah lama sangat baca. So, Setiap hadiah yang kita terima daripada kawan/ kekasih/ suami/isteri dan seumpamanya mempunyai maksud yang tersendiri. Contoh-contohnya nya:-

JAM TANGAN
-----> Tanda meningati setiap masa dan waktu.

CINCIN ---------> Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG ---------> Tanda mesra

RANTAI LEHER ---> Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG ---------> Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT ----------> Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN
----> Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG ---------> Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI ---> Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR--> Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU -----------> Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA ----------> Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKELAT --------> semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN -----> mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN -----> tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.


PssssTT..heheeheehehe... Satu lagi.... zaman mellinieum....HANDPHONE...tandanya.... kau jangan lari dari ku!!!!.......aku kan cari kamu walau dimanapun... melainkan kalau handphone tu ditutup.....


HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!MASUK MEMINANG...... tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!

Camna Ada Berani keee????.........


* Tapi ape2 pun, kita perlu bersyukur dan menghargai dgn setiap pemberian atau hadiah yang kite terima. Pekara yang penting ialah keikhlasan dari pemberinya dan menunjukkan ada orang mengingati kita dan menghargai kita..=D

Monday, May 3, 2010

Sepetang bersama

Helllllooooooooooo................cik fynaz dicini......

salam...

hye....

Firstly, cik fynaz rasa blm terlambat utk cik fynaz ucapkan selamat hari pekerja kpd semua pekerja yg ada di muka bumi ini...bkn sahaja pekerja sahaja yg cuti umum, kami pelajar pun dpt cuti gak....hehehe...

So pd petang 1 hb tersebut, cik fynaz bersama housemate tersayang telah menghabiskan masa bersama di Tasik Y, setelah sekian lama terperap di hostel dgn menghadap nota2 yg perlu dibaca utk exm..hurm..

kiranya nak merehatkan otak la..hehehe..Kebetulan pulak housemate cik fynaz, cik khai br dpt ' Si Biru' die. So dia la driver kami. TQ cik khai bawa adik2 mu ini berjalan..hehehe...

Sekali- sekala dpt jln2 di tasik ptg2 ni, rasa mendamaikan. Macam2 ragam manusia disana. Ape2 pn kami layan kan aje la. Kami ape lg tak sah kalau tak bergambar kat sana. Bukan ape, sekadar untuk mengabadikan kenangan bersama semasa belajar ni..Sem depan kami belum tentu dpt tinggal bersama lg. So layan je la gmbr yg ade di cini...=D


(rye, zati, khai, ayu)



(cik fynaz bersama ayu)


(smile!!=D)


(ceh..ceh cik fynaz oi!!..hehehe)



( with my sifu)

Saturday, May 1, 2010

10 Tip Hidup Lebih Bertenaga

Helllllooooooooooo................cik fynaz dicini......

salam...

hye....

Today, cik fynaz nak share ape yg cik fynaz baca dr majalah rapi mengenai tip hidup lebih bertenaga...mari kite baca.....=D

1. Atasi Tekanan

Tekanan membuatkan kita kurang bertenaga dan mempercayai diri sendiri. Sebaliknya, atasi tekanan dengan baik, berfikiran terbuka dan jgn biarkan tenaga berkurangan dek krn tekanan.

2. Senaman


Lakukan senaman sekurang-kurang 30 minit setiap hari. Senaman dapat menjaga kesegaran badan dgn baik dan menjadi bentuk badan lebih ideal. Tanpa senaman juga membuatkan anda malas berfikir.

3.Hubungan Sihat

Anda yg mempunyai ikatan keluarga yg rapat kurang mengalami kesakitan dan cpt sembuh sakit. Malah, hubungan yg baik sesama keluarga dan rakan-rakan menjadikan kehidupan seseorang lebih bermakna.

4. Berehat Secukupnya

Jangan biarkan tekanan menghantui hidup dan tenaga kita. Tidurla dgn cukup dan menikmati hujung minggu dengan istirehat sebaiknya.

5. Hidup Yang Seimbang


Kehidupan yg tidak bahagia membuatkan kita sedih, tegang dan tertekan. Sedangkan hidup yg seimbang akan memberikan ketenagan, kedamaian dan tenaga.

6. Makanan Yang Seimbang


Ambillah makanan yg kaya dgn antioksidan. Gandum, buah-buahan dan sayuran mengandungi fitokimia yg membantudlm kesihatan badan. Ia juga melindungi sel- sel badan drpd kanser, penyakit jantung dan penuaan.

7. Semangat

Pegangan agama yang dianuti memberi semangat dan perasaan percaya kpd diri.

8. Jadual Teratur

Gaya hidup yang tidak teratur menyebabkan kita mengalami gangguan tumpuan, mental dan udah terganggu. Buat jadual secara teratur agar dapat menjaga mental lebih segar.

9. Cegah Penyakit

Lakukan pemeriksaan kesihatan secara teratur. Kita mungkinakan merasa lebih baik apabila kita dapat mengendalikan kesihatan kita sendiri.

10. Air yang Cukup

Kekurangan air juga boleh menggangu tumpuan, kesedaran dan ingatan dlm jangka pendek. Ia juga dikaitkan dengan masalah sakit kepala. penat dan kurang perhatian.