Sunday, May 11, 2014

" N.I.S "

Kadang –kadang kita terlalu menjaga hati orang, sampaikan tiada siapa nak jaga hati kita.

Kadang-kadang kita terlalu memahami situasi orang, adakah situasi kita juga difahami.

Walaupun dah bertahun-tahun menjaga hati yang satu, adakah hati yang satu ini turut dijaga jugak??
Sampaikan tutup segala peluang yang ada. Bagi membuktikan hanya kasih yang satu.

Pelbagai fasa kehidupan telah dilalui, zaman sekolah, zaman belajar, zaman pekerjaan bersama.Walaupun ada dianggap hanya suatu angka(tahun) tiada makna apa-apa, tapi bagi yang menghargainya akan menganggap ia satu kenangan manis, yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.Melalui jatuh bangun bersama.Daripada tiada apa-apa sehingga menjadi apa-apa sekarang.

Walaupun setiap yang dirancangkan dan diminta sendiri darinya adalah akan ditentukan olehNYA..Tapi jika dengan usaha yang sungguh-sungguh In Shaa Allah akan dipermudahkannya.Faham dan akui dari dulu dengan situasi sebagai harapan keluarga dan kerjaya yang memerlukan tanggungjawab yang besar, tapi jangan itu hanya ingin menjadi jawapan penyelamat sahaja.

ALLAH lebih tahu setiap nawaitu kita..

Walaupun kita cuba mencari lebih kesempurnaan yang diidam-idamkan, tapi ingat tidak semua manusia sempurna. Kesempurnaa tidak akan kekal dan menjamin masa hadapan. Ingat! kesempurnaan hanyalah milik pada pencipta yang satu ALLAH SWT sahaja.

Hargailah dan mensyukuri segala nikmat yang diberi diatas usaha yang selama ini. Tapi ingat nikmat itu hanya la pinjaman, jika DIA mahu tarik balik tiada siapa yang akan dapat menhalang.Hari ini kita menguji orang, jangan esok lusa DIA pula akan menguji kita seberat-berat ujian.

Namun kini biarlah perkataan SABAR menjadi peneman. Benar kadang-kadang SABAR itu pahit utk dihadapi, tapi yakin ujian yang diberi untuk mengurniakan yang lebih terbaik.Orang yang pernah hadapi sahaja akan faham.

Jika suatu hari nanti, itu juga akan dikurniakan kelak, syukur terima dengan hati yang terbuka,
Jika sebaliknya cuba damaikan hati menerima takdirNYA.
Sebaik-baik perancangan adalah drNYA

DIA akan mengasihi umatnya yang lemah.

-sekadar luahan hati dr seorang anak yatim-


wwf6****

No comments:

Post a Comment