Wednesday, May 14, 2014

MENDUA



ku tak habis pikir kurangku dimana

kau tega melepaskan aku

jauh ku menatap namun terlalu jauh

imanjinasiku terberai

terdiam aku beku tanpamu

dimanakah letak hatimu



kau putuskan tuk mendua

dengan dia dibelakangku

padahal ku pilih kamu

jadi cinta terakhir



ku tak habis pikir kurangku dimana

kau tega melepaskan aku

jauh ku menatap namun terlalu jauh

imanjinasiku terberai

terdiam aku beku tanpamu

dimanakah letak hatimu


kau putuskan tuk mendua

dengan dia dibelakangku

padahal ku pilih kamu

jadi cinta terakhir



kau putuskan tuk mendua

dengan dia dibelakangku

padahal ku pilih kamu

jadi cinta terakhir, jadi cinta terakhir


Luahan: 
"Padahal ku pilih kamu jadi cinta sejati dan cinta terakhir" Tapi kenapa kamu sanggup menduakan sebuah jalinan yang kita bina selama ini? Apa salahku? kurangku? Tidak bolehkah berlaku jujur??


Sunday, May 11, 2014

" N.I.S "

Kadang –kadang kita terlalu menjaga hati orang, sampaikan tiada siapa nak jaga hati kita.

Kadang-kadang kita terlalu memahami situasi orang, adakah situasi kita juga difahami.

Walaupun dah bertahun-tahun menjaga hati yang satu, adakah hati yang satu ini turut dijaga jugak??
Sampaikan tutup segala peluang yang ada. Bagi membuktikan hanya kasih yang satu.

Pelbagai fasa kehidupan telah dilalui, zaman sekolah, zaman belajar, zaman pekerjaan bersama.Walaupun ada dianggap hanya suatu angka(tahun) tiada makna apa-apa, tapi bagi yang menghargainya akan menganggap ia satu kenangan manis, yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.Melalui jatuh bangun bersama.Daripada tiada apa-apa sehingga menjadi apa-apa sekarang.

Walaupun setiap yang dirancangkan dan diminta sendiri darinya adalah akan ditentukan olehNYA..Tapi jika dengan usaha yang sungguh-sungguh In Shaa Allah akan dipermudahkannya.Faham dan akui dari dulu dengan situasi sebagai harapan keluarga dan kerjaya yang memerlukan tanggungjawab yang besar, tapi jangan itu hanya ingin menjadi jawapan penyelamat sahaja.

ALLAH lebih tahu setiap nawaitu kita..

Walaupun kita cuba mencari lebih kesempurnaan yang diidam-idamkan, tapi ingat tidak semua manusia sempurna. Kesempurnaa tidak akan kekal dan menjamin masa hadapan. Ingat! kesempurnaan hanyalah milik pada pencipta yang satu ALLAH SWT sahaja.

Hargailah dan mensyukuri segala nikmat yang diberi diatas usaha yang selama ini. Tapi ingat nikmat itu hanya la pinjaman, jika DIA mahu tarik balik tiada siapa yang akan dapat menhalang.Hari ini kita menguji orang, jangan esok lusa DIA pula akan menguji kita seberat-berat ujian.

Namun kini biarlah perkataan SABAR menjadi peneman. Benar kadang-kadang SABAR itu pahit utk dihadapi, tapi yakin ujian yang diberi untuk mengurniakan yang lebih terbaik.Orang yang pernah hadapi sahaja akan faham.

Jika suatu hari nanti, itu juga akan dikurniakan kelak, syukur terima dengan hati yang terbuka,
Jika sebaliknya cuba damaikan hati menerima takdirNYA.
Sebaik-baik perancangan adalah drNYA

DIA akan mengasihi umatnya yang lemah.

-sekadar luahan hati dr seorang anak yatim-


wwf6****

Saturday, May 10, 2014

Doa Orang Teraniaya

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui di sebalik satu rahsia......
Dan setiap perbuatan ada balasan...Dosa dan Pahala...
Didunia mungkin tiada saksi....tetapi di Padang Masyhar seluruh
anggota badan yg akan mengaku setiap perbuatan.....


" Berhati-hatilah terhadap orang teraniaya dan dizalimi, kerana DOA nya tiada hijab, akan akan terangkat sampai ke langit"

jika datangnya sesuatu berita dan kita dan kita dapat menyelidik perkara tersebut benar atau salah, kita perlu menyelidiknya dan menyatakan kebenaran. Dan jika kita tidak mampu, maka wajib bagi kita berdiam diri dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dan mempercayai mana-mana pihak.

Selain itu, pastikan diri kita neutral dan tidak terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan luar tanpa bukti yang cukup. Berwaspadalah dengan hasutan syaitan yang ingin menyesatkan manusia.. Semoga kita semua dilindungi dari mempercayai pendusta dan menyebarkan fitnah..
Wassalam..

Allah SWT mengajar hamba-hambaNya yang beriman dengan beberapa adab (etika) yang berguna bagi mereka samada dalam urusan agama mereka ataupun urusan dunia mereka. Iaitu agar mereka waspada selalu kalau menerima suatu berita kerana sifat setiap berita pasti mengandungi dua kemungkinan iaitu sidq (benar) atau kizb (dusta). Kadang kadang betul dan kadang kadang hanya rekaan saja.
Oleh sebab itu, sesiapa yang menerima suatu berita maka wajib keatasnya supaya terlebih dahulu Tabayyun atau Tathabbut yang ertinya: Menyelidiki sampai di mana kesahihan berita itu. Sekiranya ada bukti kebenarannya barulah dia boleh percaya. Dan kalau ternyata dusta maka dia mesti menolak dan tidak boleh mempercayainya.

Beginilah hidup kita......

manusia..
sering terleka..
ada yang mengingatkan...
jangan buat camtu..
jangan buat camni..
tak baik..

tapi..
yang memperingatkan juga buat apa yang dilarang
begitulah hidup kita..
sering alpa dengan kenikmatan hidup yang hanya pinjaman dari Allah ini..
tidak bersyukur dengan apa yang ada..
iri hati dengan kelebihan orang lain..
apa yang hendak dikata..
tiap kita mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri..
terimalah realiti dengan seadanya
usah dikutuk..
usah dicaci..
usah dipersendakan apa yang benar.
jangan gemar mengata..
kerana mungkin orang yang dikata lebih baik dari kita..
jangan gemar memanggil orang dengan panggilan yang ntah apa-apa
kerana mungkin orang itu terasa atau tersinggung..
jangan gemar menyumpah..
kerana mungkin sumpah akan memakan diri..
jangan gemar menyalahkan orang lain..
kerana mungkin kita yang bersalah..
jangan gemar membanggakan diri.
kerana ramai yang lebih baik dari kita..
beringatlah sahabat..
keredhaan Allah senang dicari..
kelaknatan juga mudah didapati..
sama-samala kita mengingat antara satu sama lain
kerana sesungguhnya...
syurga Allah impian kita

Pesan Rasulullah SAW kepada Muadz ketika akan mengutusnya untuk berdakwah ke Negeri Yaman:

Takutlah kamu pada do’a orang yang dizalimi, kerana do’anya dan Allah tidak ada hijab.”Dalam erti yang lain, pesan Rasulullah SAW tersebut dituliskan: “Berhati-hatilah kamu terhadap do’a orang-orang yang di zalimi kerana tidak ada hijab antara Allah dan do’a orang yang di zalimi, do’anya akan naik ke langit seperti api”.(segera dimakbulkan insyaallah)

 


Sunday, February 16, 2014

Ikhlas, Jujur Amanah

Assalamualaikum...

Cik Fynaz kembali lagi..hehehe...Sebenarnya Cik Fynaz tak boleh tido, pusing kanan, pusing kiri,tak pejam-pejam jugak mata den ni...Tiba-tiba tertimbul la idea untuk menulis di blog yang kesepian ini..hehehe
Mujur laptop sebelah katil je, just on kan sahaja...

Sebenarnya pada satu hari tadi Cik Fynaz & my mum telah mengikut my adik pergi ke majlis solat hajat dan doa selamat ofis baru dia di Gombak..Selepas doa selamat dan solat hajat, yang dikendalikan oleh seorang ustaz jemputan..Doa yang disampaikan oleh ustaz tersebut amat menusuk kalbu kepada semua yang hadir. Sampaikan my mum tak tahan menahan sebak. *tenang2 yea wahai mak...

Selepas selesai doa selamat dan solat hajat disampaikan sedikit tazkirah oleh ustaz tersebut.Takzirah tersebut mengenai tanggungjawab seorang pekerja mencari keredhan rezeki yang halal. Pada penutup tazkirah tersebut, ustaz telah berkongsikan suatu hadis iaitu:-

" Allah akan mengangkat darjat seseorang itu, jika ia MENCINTAI pekerjaan yang dilakukan"

Sepanjang tazkirah yang disampaikan banyak input yang berguna. Didalam pekerjaan kita haruslah iklas, jujur dan amanah dengan tanggungjawab yang diberikan, dan haruslah mencintai pekerjaan tersebut, barulah rezeki yang kita terima itu barokah...

Bagi Cik Fynaz, bukan sahaja didalam pekerjaan  kita perlu bersikap ikhlas, jujur, dan amanah malah didalam kehidupan seharian kita juga perlu diamalkan. Rezeki tu datang bermacam-macam iaitu rezeki pekerjaan, rezeki keluarga, rezeki jodoh, dan mcm2 la rezekinya...Kini Cik Fynaz syukur dengan rezeki yang dimiliki, jika pada mata kasar orang mungkin tidak memadai, tetapi Cik Fynaz yakin rezeki Allah..

In Shaa  Allah jika kita melakukan sesuatu itu dengan ikhlas, jujur dan amanah Allah akan memberikan rezeki yang terbaik yang tidak dijangka-jangka pada kita pada suatu hari nti, hanya cepat atau lambat sahaja..Oleh itu, terima kasih dengan peluang yang diberikan..

Apa pun kita haruslah la berdoa dan percaya pada rezeki, Jika sesuatu perkara itu kita buat dengan sepenuh hati, Allah akan memudahkan segala urusan..Kadang-kadang didalam perkara yang kita alami mungkin tak lepas dengan ujian yang diberikan, tapi percayalah  setiap ujian yang diberikan ada hikmah disebaliknya. Setiap ujian yang diberikan tanda Allah sayang pada kita. Pedulikan semua kata-kata orang sebab semuanya perancangan dr NYA..

Cik Fynaz suka pegang kata-kata ini:-

                               "What you give, you will get back"

baik yang kita beri, baik juga la yang kita akan terima nanti, jika buruk yang kita bagi buruk juga yang akan kita terima..Sebab "Janji Allah itu Pasti!!"


Wah! panjang pulak Cik Fynaz melalut tgh mlm2 buta ini...Mata  ni pun tiba2 mcm dah nak layu, besor kecik, besor kecik je tgok skrin laptop ni..

Oleh itu, mohon cik puteri ini berundur diri bagi beradu dahulu yea...Assalamualaikum...:)


p/s: Semua juadah jamuan yang disediakan sedap-sedap belaka, kekenyangan mcm ular sawa balik td..hehehe..:)

Tuesday, February 11, 2014

Red Carpet, i-City Shah Alam

Assalamualaikum...Cik Fynaz kembali lagi, yuhuuu...

Pada cuti CNY & Wilayah tempoh hari, Cik Fynaz telah meluangkan masa bersama family jalan-jalan di Red Carpet i-City, Shah Alam

Sebenarnye kami semua tak planning pun nak ke sini., asalnya kami hanya ke Kajang sahaja utk  keluar makan.Selepas tu my adik tanya nk pergi mane, bosan duk umah petang2 ni...Planning punya planning die ajak pergi Shah Alam nak survey tempat utk interview die next weeknya.. Selepas dh jmpe tmpt interview die, so kami pun terbabas la ke i-City...hehehehe..

Cik Fynaz malas mau cite panjang2, biarlah gambor2 dibawah ni berbicara..:)



                                        


                                        


                         


                     




                                                                    my mum & my sister

Friday, January 31, 2014

FRIEDGE MAGNETS~

Assalamualaikum semua..yuhoooo...

 Ape khbr..hopefully sihat2 belaka yea...firstly, Cik fynaz nak ucapkan  Gong Xi Fai Chai n Happy New Year kepada rakan2 yg berbangsa cina uolss, dan selamat bercuti kepada semua...Tahniah  juga la kpd sesiapa yg berkerja di wilayah, cuti panjang yea,..termasuk la Cik Fynaz skali..hehehhe (jgn jeles org negeri lain)..nak tahu kenapa org wilayah cuti panjang, cb check kat calender yea.malas nk cite panjang2...:)

Sempena cuti umum ini, Cik Fynaz percaya mesti ramai yg mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga dan tok nenek mereka semua. Oleh itu, mohon anda semua berhati2 yea di jalan raya.
Biar lambat asalkan selamat...:)

Panjang pulak mukadimah cik fynaz yea.. Sebenarnya entri kali ini cik fynaz nak share hobi cik fynaz, iaitu kumpul friedge magnet..Tabiat Cik Fynaz kalau  pergi jalan mana2 perkara yg tak lepas Cik Fynaz cari adalah benda alah ni la..
jika tak dpt beli ape2 serveniour, dpt freidge megnet ni pn dah cukup la..Boleh dikatakan syukur sgt2....

                             
                                                
                                             Sebahagian koleksi freidge magnets Cik Fynaz

Sebenarnye, freidge magnets ni tak semua Cik Fynaz beli, ada juga pemberian dari family2, ole2 pemberian mereka drpd bercuti, ada jugak pemberian drpd sahabat2..Kebetulan jugak  adik Cik Fynaz berkerja di syarikat travel agent, so sllu la dpt friedge magnets dari officemate die yg balik drpd bawak tour.

Sebenarnye banyak lagi koleksi Cik Fynaz ni, tp banyak yg rosak ada yg pecah tertanggal mengnetnye la sbb seramik kn...so yg jenis seramik tu cik fynaz letak kat atas, yg bawah2 tu yg jenis plastik2 or getah..kalau ikutkan kan penuh gak magnet ni, tak cukup pulak satu fridge..heheheh...mak cik fynaz dh mula bising, rimas tgok..Tapi apakan daya dh anaknye minat...sabar je la kn....sory mak..hehehe...

Kadang2 magnet ni macam, terapi bagi Cik Fynaz...Walaupun tak pernah pergi negara2 yg  ada pada magnet tu, dapat magnet negara2 tersebut pun dah memadai bagi Cik Fynaz..Mana tahu  dengan menatap setiap hari magnet2 tersebut, satu hari impian Cik Fynaz untuk melancong negara2 tersebut tercapai la kan..hehehe...In Shaa Allah....


Wassalam~


Thursday, January 23, 2014

UMRAH 2013 - PART 1 (MADINAH)

Assalamualaikum semua...

Sejak2 nk mulakan dunia berblog ini cik fynaz ingin share dgn uolss semua pengalaman2 travel cik fynaz sepanjang 2013.Dengar mcm byk benor travel nye kan..Padahal g mane je pn..tp cik fynaz nk cite gak kat uolss..ko hadooo.=P..ketinggalan zaman la cik fynaz ni kn..org dh masuk 2014, baru nk update cite 2013 kn..hehehe..

Anyway, niat dihati teringin sgt nk berblog kembali, tapi tahap kemalasan yg tahap gaban tu, membuat kn hasrat tersebut terpendam sahaja la, tanpa usaha..Kini cik fynaz semangat untuk berblog kembali...
Ok2 la, panjang pulak i ni membebelkan...

Pada tahun lepas tahun baru cik fynaz bermula dengan mengerjakan umrah bersama family...kiranya trip family umrah..Trip ni seramai 12 org family cik fynaz, dengan sebuah keluarga yg lain..Family cik fynaz seramai 12 org terdiri daripada family cik fynaz, mak, abg, adik, ucu, maklang, mak jang, mak uda, pak uda, abg hafiz(cousin), dan ank buah zuhaily dan  hazim...

Sebenarnya kami tak planning pun nk g reramai...semuanya hanya kebetulan...asalnya family cik fynaz sahaja atas hajat mak cik fynaz...selepas tu kami beritahu pd family yg lain, mereka pun berminat nk join skali..Alhamdulillah..:)

Kami berada disana selama 10 hari bertolak dr KLIA pada jam 630 petang, 8 Fabruari 2013  dan sampai ke Jeddah , King Abdul Aziz Airport pada jam 11 malam waktu Jeddah..Setelah selesai segala urusan imegresen dan amik beg semua, kami semua bertolak ke Madinah dengan menaiki bas yg telah disediakan. Perjalanan dr Jeddah ke Madinah memakan masa selama 7 jam. Kami sampai Madinah pada jam 7 pagi.



Di Madinah kami menginap di Hotel Daurat Fyroz hanya 150 meter dr masjid Nabawi...dekat je..
Setelah selesai urusan  check in, bersihkan diri, dan sarapan semua, kami semua terus ke masjid nabi mengerjakan solat sunat dan terus menanti solat jemaah zohor.Perasaan cik fynaz pada ketika ini hanya Allah sahaja yang tahu..Macam tak percaya dapat menjejakan kaki berada di masjid nabi ini, Madinah..

Setelah selesai solat semua, kami dibimbing oleh seorang mutawif wanita, yang juga dikenali mutawif fizah yang merupakan seorang warga indonesia, membimbing kami untuk masuk ke Raudah..iaitu rumah nabi..Raudah adalah merupakan salah satu tempat yang mustajab berdoa.

Untuk masuk ke Raudah, Ya Allah punya la sesak..Mesti la kan semua tidak mahu melepaskan peluang untuk solat sunat dan berdoa di rumah nabi...setelah dipanggil jemaah Malaysia untuk masuk cik fynaz bagi masuk dl mak n mak2 cik cik fynaz dl..cik fynaz dengan adik cik fynaz dgn ustazah mutawifizah tu kepong dr belakang untuk mengelakkan kami dirempuh oleh jemaah yang lain.

Disini kami hanya mampu untuk berdoa dan membuat sujud syukur sahaja, sbb terlalu sesak...kena kuat dari segi fizikal disini. kalau tak teruk kita dirempuh..terutamanya drpd jemaah negara2 arab, dan turki..Terima kasih juga kepada ustazah mutawifizah kerana banyak membantu kami disini.

Untuk hari kedua di Madinah, kami dibawa ziarah dengan dibimbing seorang mutawif iaitu Ustaz Mohd yang berasal dari Indonesia..Tempat pertama adalah Masjid Quba...Di masjid Quba ini jika kita mengerjakan solat sunat disini, ganjaranya adalah 1 kali ibadah umrah...tengok disini keberkataan yg diberikan...In Shaa Allah apa sahaja yang didoakan disini dimakbulkan..

Seterusnya, kami dibawa ke Bukit Uhud, disini Ustaz Mohd telah memberikan penerangan mengenai sejarah peperangan uhud diantara orang islam dengan orang quraisy dan sekutunya.Tentera islam seramai 700 orang yang diketuai oleh Nabi Muhammad SAW, manakala tentera quraisy pulak adalah Abu Sufyan ibni Harb seramai 3000 orang.Pada peperangan ini telah mengorbankan bapa saudara nabi iaitu Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib. Dengan penghayatan doa yang diberikan Ustaz Mohd rasa pilu kepada kami semua.


\
Mutawif kami

Kenangan di kawasan bukit Uhud, bersama family cik fynaz


Dari Bukit Uhud kami dibawa ke ladang kurma. Disini diberi peluang kepada kami untuk membeli kurma2 fresh dari ladang. Para jemaah semua tidak melepaskan kesempatan untuk membeli untuk diberikan kepada saudara mara, dan kawan2 di tanah air. Seterusnya atas permintaan kami semua, kami dibawa ke pasar kurma.Pasar kurma ini harga lebih murah sedikit dari ladang kurma td. Kat sini cik fynaz tak la membeli, sbb dah membeli ladang kurma sahaja. Cik fynaz hanya tengok2 je mak cik2 cik fynaz, abg sepupu dangan anak2 buah membeli..hehehehe...





Setelah selesai ziarah, kami pulang ke hotel dan bersiap2 untuk makan tengahari dan seterusnya ke masjid untuk solat zohor. Kini aktiviti kami adalah bebas. Setelah selesai solat cik fynaz dengan mak, adik dan makcik2 cik fynaz tidak ketinggalan untuk jalan2 disekitar masjid dan kedai2 disekitar masjid.Memandangkan esok kami dah kena bertolak ke Mekah, setiap kali selepas solat, kami mengambil kesempatan untuk jalan2 sekitar kawasan Madinah ini.

                                                     mak dengan adik beradik & cik fynaz


Keesokan harinya, kami telah bersiap untuk ke Madinah pada jam 3 petang. Pagi tu selepas selesai solat subuh dan sarapan, dengan masa yang ada adik cik fynaz telah membawa cik fynaz ke kawasan perkuburan baqi..hanya cik fynaz je x pernah g lagi... sbb mak dgn makcik2 semua dah pernah  pergi, semasa buat umrah dan haji dulu.. Adik cik fynaz dah pernah g haji dengan mak dgn arwah ayah, so die tahu la kawasanya..Sepanjang umrah ini adik cik fynaz merangkap kepada tour leader kami semua. Kebetulan kami semua pergi umrah mengikut travel agent tempat die berkerja..So segala urusan die la in charge...
mak & adik cik fynaz
Berlatarbelakang tembok perkuburan Baqi
                                                         Kubah Hijau Masjid Nabawi

Sebaik sahaja selesai proses check out, kami pn bertolak ke Mekah yang mengambil masa selama 7 jam.Terasa sebak meninggalkan Madinah, dan berdoa akan kembali lagi ke sini lagi..In Shaa Allah..
Kami semua dibawa ke Bir Ali untuk bermiqat dan berniat umrah, dan menjaga segala pantang larang di dalam ihram..

                                                         Selamat Tinggal Madinah...:(

Kawasan Masjid Bir Ali



Oleh itu tamat sahaja perjalanan kami di Madinah, seterusnya tgu entri kami di Mekah yea part UMRAH 2013-part 2...

Wassalam..





Proses Mengemaskini

Assalamulaikum semua...

Now, Cik fynaz masih di dalam proses mahu mengemaskini blog tercinta ini...Mengumpul segala cerita yg nak diceritakn kpd semua...Segalanya didalam kotak draf cik fynaz...Selesai semuanya, cik fynaz post yea...:)

So now cik fynaz nk share kn satu video yg telah di share kn oleh seorang mber kat group wassup...
kalo korang la pe perasaannye mcm awek tu kan...hehehhe...Selamat menonton.....:)


p/s:geli geliman mak nak...:P

Wednesday, January 15, 2014

HAPPY NEW YEAR 2014

Assalamualaikum..

Hai dh lama cik fynaz berblog..terasa rindu mahu ber blog kembali....
hampir 2 tahun blog cik fynaz ni terbiar tanpa hiraukan..isk2....zalimkn i..:P
Now, i'm try my best utk mulakan berblog kembali...i wish..azam tahun baru..hehehe...


Friday, August 12, 2011

i'm coming...



salam..

wah, hampir setahun lebih meninggalkan blog ni, tiba2 dtg mood nk ber blog..
entah mimpi pe nth aku ni...
sian blog aku ni dh lama ditinggalkan oleh tuannya yg spt kacang melupakan kulit ni....
dh mcm bersarang2 blog aku ni..terbiar je..
hehehe..
harap2 mood ni akan berterusan yea wahai cik fynaz oii....
jgn hangat2 je sudah..h
ahaha..


ape2 pn tgh mencari idea2 utk menulis...chaiyok2...
smga berhasil la...huhu..